Isnin, 22 Ogos 2011

HAHA....INILAH CERITA AKU YG MEMENANGI TMPAT-3 D DAERAH MUAR...

                                “TERIMA KASIH CIKGU”

        Jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam.Namun,Aleya masih tekun mengulangkaji pelajaran sambil membantu ibunya membuat kuih.Aleya merupakan seorang anak gadis yang mempunyai paras rupa ibarat “bagai bulan dipagari bintang”ini  ialah anak penoreh getah dan juga anak tuggal.Dia hidup dalam serba kekurangan selepas ayahnya meninggal dunia empat tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya.Kehidupannya kini ibarat “kais pagi makan pagi,kais petang makan petang” membuatkan dia sedar akan kedaifan hidupnya dan akan kepentingan pelajaran demi masa depan yang cerah.Dalam masa yang sama,dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Walaupun dia tidak sesenang seperti remaja yang lain,dia masih tetap berusaha untuk mengubah nasib diri dan nasib keluarganya.Selepas waktu sekolah,dia akan pergi ke rumah jiran-jiran untuk memungut baju kotor untuk dicuci.Walaupun telah dihalang oleh ibunya,dia masih berdegil untuk membantu.Didalam kelas Lima Jebat,Aleya merupakan seorang pelajar yang cerdik akal fikirannya.Dia sering mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.Ada juga khabar angin yang mengatakan dia meniru semasa peperiksaan tapi baginya,itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar sehingga nasib keluarganya dapat diubah.Semasa kelas Fizik,Aleya telah diminta untuk pulang dengan segara.Aleya berasa tidak sedap hati.Mungkin ada musibah yang terjadi.Ketika dia pulang,dia terkejut melihat pakaian dia dan ibunya telah dilempar keluar tingkap.Pertengkaran hebat antara ibunya dan seorang lelaki jelas kedengaran.Semasa Aleya memungut baju-baju yang telah kotor itu,dia melihat lelaki itu keluar dengan membawa kotak simpan wang yang dikumpul untuk menyara kehidupan seharian telah diambil.Tidak lama kemudian,ibunya muncul dan berkata “kita telah di halau,nak.Marilah kita pergi ke pondok buruk di hujung kampung sana.Di sana,tiada siapa akan mengganggu kita”keluhan hati ibunya.Mengalir air mata Aleya. “Apakah dosa kami sehingga mendapat balasan yang amat memedihkan ini,Ya Allah?”hati Aleya berbisik dengan nada syahdu.Dia dan ibunya pergi ke pondok hujung kampung.Dengan atapnya yang bocor,tangga yang hampir rosak dimamah anai-anai,dia tiada pilihan lain.Hanya itu peninggalan arwah ayahnya kepada dia dan ibunya.Dia dan ibunya membersihkan pondok itu sehingga petang.Penat yang dirasa tidak sama dengan sakit di hati yang terpaksa ditanggung oleh dia dan ibunya.
        Peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir,namun sudah sebulan Aleya tidak datang ke sekolah.Aleya terpaksa mencari kerja untuk membiayai kos perubatan ibunya yang mahal.Kisah hidup Aleya telah didengari oleh seorang guru yang berhati mulia,Cikgu Ayu.Dia merupakan guru mata pelajaran Matematik Tambahan dan merupakan idola Aleya tanpa dia sedari.Semasa Hari Guru,Aleya telah menghadiahi Cikgu Ayu sejambak bunga ros yang ditanam di rumahnya.Dalam lubuk hati Cikgu Ayu,sudah lama dia ingin membantu Aleya,namun Aleya tidak mahu terima pertolongan itu dan baginya, “hendak seribu daya,tak nak seribu dalih” walau berliku mana halangan itu,walau sesukar mana cabaran itu,selagi Allah S.W.T masih memberi kesihatan yang baik,dia akan berusaha untuk mengubah nasibnya tanpa meminta bantuan orang lain kerana ini merupakan ujian dari Allah S.W.T.Kata-kata Aleya masih terngiang-ngiang dalam ingatan Cikgu Ayu.Bagi cikgu Ayu,di sebalik sifatnya yang lemah lembut dan mementingkan agama,Aleya merupakan anak gadis yang tabah dan seorang yang kuat walaupun halangan demi halangan terpaksa ditempuhi.Sejak dari itu,cikgu Ayu sering merapatkan diri dengan Aleya untuk mengetahui masalah kehidupan anak muda itu yang telah menyebabkan dia sering tidak datang ke sekolah.Sedang konflik mulai reda,dalam diam-diam Aleya telah diminati oleh Shahir,ketua pengawas sekolah.Dia senantiasa berjumpa Cikgu Ayu untuk mengetahui masalah Aleya.Cikgu Ayu bercadang untuk melawat Aleya di hospital untuk menjenguk keadaan ibunya sambil ditemani oleh Shahir.Sesampainya Cikgu Ayu dan Shahir di hospital,mereka berjumpa dengan ibu Aleya namun mereka dikejutkan tentang berita kemalangan yang menimpa Aleya.Aleya masih dirawat akibat kecederaan yang di alami serius.Tanpa diduga,kekuatan Shahir akhirnya hilang apabila dia mengalirkan air mata setelah mendengar berita itu.Begitu juga Cikgu Ayu.Selepas dipindahkan ke wad biasa,Aleya sering ditemani oleh Shahir.Mereka sering mengulangkaji pelajaran walaupun di hospital.Tidak lama selepas itu,ibu Aleya telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung.Aleya merasakan bahawa dia hilang tempat untuk mencurahkan kasih sayang,tempat dia mengadu dan tempat untuk dia bermanja.Baginya,kehilangan ibunya membawa seribu kegelapan dalam hidupnya.Aleya tidak dapat mengambil peperiksaan setengah tahun kerana masih terasa kehilangan ibu yang amat dia sayangi.Dalam keadaan serba salah antara mahu atau tidak,Cikgu Ayu memberitahu Aleya bahawa dia ingin mengambil Aleya sebagai anak angkatnya namun Aleya perlukan masa untuk berfikir,walaupun Cikgu Ayu tahu itu mustahil,tapi sekurang-kurangnya dia mencuba kerana dia tidak mahu Aleya terus bersedih dan mensia-siakan masa depannya kelak.Sudah sebulan ibu Aleya meninggal dunia,dan sudah seminggu Aleya tinggal bersama Cikgu Ayu namun Aleya masih murung,tidak mahu makan,tidak mahu bercakap.Dia hanya menangis tanpa henti dan dia sering ke kubur ibunya setiap petang.Hal ini menyebabkan Cikgu Ayu mulai khuatir akan keadaan Aleya.Dia sudah mula mengabaikan pelajarannya.Dia juga sudah tidak mempedulikan nasihat yang diberi.Cikgu Ayu meminta pertolongan Shahir untuk menghiburkan Aleya.Shahir memakai baju badut dan membawa kek untuk Aleya.Siapa sangka,perkenalan yang singkat itu dapat membawa keceriaan dalam hidup Aleya.Akhirnya,Aleya kembali tersenyum.Senyuman yang sudah lama dinantikan oleh Cikgu Ayu dan si pecinta wanita ini,Shahir.Akhirnya,Aleya kembali bersemangat untuk belajar walaupun sisa-sisa kesedihan masih berbuku di lubuk hatinya yang masih merasai kehilangan ibunya. “Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu kerja dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya,itu adalah mutiara kata yang dicetuskan oleh Hukama.Mutiara kata ni sesuai untuk awak,Leya.Saya harap awak teruskan usaha awk untuk berjaya ini.Saya akan sentiasa ada di sisi awak bila awak perlukan teman”.Kata-kata Shahir masih bermain di fikiran.Aleya tidak mahu ada tanggapan yang salah tentang Shahir kerana dia tahu niat Shahir semata-mata untuk menaikkan semangatnya atau mungkin mereka mulai mempunyai perasaan yang sama.Akhirnya,Aleya kembali ke sekolah seperti biasa.Dia menjadi semakin tekun dalam mengulangkaji pelajarannya sambil dibantu oleh ibu angkatnya kini,Cikgu Ayu dan Shahir.Aleya hanya tinggal seminggu lagi sebelum SPM bermula.Dia harus kembali bersemangat untuk berjaya dalam hidup seperti mutiara kata yang dikarang oleh Mahatma Gandhi iaitu “Kepuasan letaknya pada usaha bukan pada hasil. Berusaha dengan keras merupakan kemenangan yang hakiki”.
        Akhirnya tibalah waktu yang menentukan masa depan Aleya.Ketika peperiksaan sedang dijalankan,Aleya menjawab semua soalan dengan tekun dan teliti.Dia mahu membawa kejayaan yang sering dikecapi untuk arwah ibunya dulu kepada Cikgu Ayu sebagai ucapan dan tanda terima kasih kerana telah mengambilnya sebagai anak angkat dan mengajarnya untuk tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.Dia juga ingin membuktikan kepada warga sekolah bahawa orang susah sepertinya tidak semestinya tidak boleh berjaya.Dia juga ingin membawa kejayaan ini untuk Shahir yang banyak membantu ketika Aleya memerlukan pertolongan.Hampir dua minggu Aleya berjuang demi masa depan,akhirnya tamat juga penderitaannya itu.Seminggu selepas SPM,Aleya mengambil keputusan untuk mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM keluar dibantu oleh cikgu Ayu dan Shahir.Aleya kerja di kilang bersama-sama dengan Shahir.Siapa sangka,tiga bulan selepas itu,keputusan SPM telah keluar dan Aleye mendapat keputusan 10A1 di sekolahnya.Dia mengalirkan airmata kegembiraan.Benarlah kata Cecil B. DeMille “orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang”.Cikgu Ayu,Shahir dan warga sekolah yang sering memandang rendah padanya kini menghormatinya sebagai seorng pemenang dan mengucapkan tahniah kepadanya atas keputusan yang amat membanggakan.Aleya telah menerima banyak kemasukan universiti tetapi yang menarik hatinya ialah,UiTM.Dia dapat melanjutkan pelajarannya bersama Shahir di UiTM.Cikgu Ayu sungguh gembira kerana mereka dapat belajar bersama-sama dan ada yang menjaga Aleya di sana.
         Pada Hari Guru,Aleya telah mengambil keputusan untuk menghantar surat kepada ibu angkatnya.Dia telah mengarang sebuah sajak untuk Cikgu Ayu.


Guru,
Pengorbananmu sungguh mulia,
Sanggup mengajar tanpa jemu,
Tidak kira masa dan tempat,
Kau sentiasa ada untuk menabur bakti..

Guru,
Ingin aku mengungkapkan rasa,
Syukur kepada Ilahi,
Kerana dikurniakan seorang insan,
Yang tidak mengenal erti penat dan lelah..

Guru,
Tanpa mengenal erti putus asa,
Kau mendidik kami sehingga berjaya,
Untuk menjadi manusia yang berguna,
Pada masa depan kelak.

Guru
Kau inspirasiku,
Kaulah penyelamatku,
Tanpa mengorbananmu,
Tanpa didikanmu,
Aku hilang arah tujuku,
Aku hilang masa depanku..

Guru,
Terima kasih aku ucapkan,
Kerana kau aku menjadi insan,
Insan yang berjaya dalam hidup,
Insan yang tidak mengenal erti kekalahan,
Insan yang tidak mudah putus asa..

Cikgu Ayu berasa sangat terharu kerana Aleya tidak melupakan jasa-jasanya dalam menabur bakti kepada anak didiknya walaupun anak didiknya tidak merasai kepayahannya dan kesusahannya dalam membentuk jati diri mereka supaya menjadi insan yang berguna di masa hadapan.Keluhan dan leteran seorang guru bertujuan untuk menyedarkan kita betapa kosongnya ilmu didada tanpa seorang guru untuk membimbing,betapa sunyinya hidup kita tanpa leteran dari seorang guru.Itulah pengorbanan seorang insan yang bergelar GURU....-tamat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan