Selasa, 26 Jun 2012

Aku dan Farid Danial ~~~8494



Well . . .  da lama tak update blog sejak perpisahan aku dan hafizi . . .
Hehehehe . . . sjak aku masuk Majlis Insan Malaysia(MIM) Alhamdulillah aku telah menjumpai seorang insan yang betul2 wat aku tergoda dengan perwatakan dia . . . dia sorang yang tegas tetapi dalam masa yang sama dia juga seorang yang peramah . . . aku mengenali dia setelah aku gagal dalam perhubungan aku dengan ahli jemaah yang sama mungkin kerana tiada keserasian di antara kami . . .

Aku in relationship with abglong Farid Danial . . . haa , ingat apa jawatan dia pegang kat dunia nie , , dia tetap manusia biasa  di sisi Allah S.W.T . . umo dia agak memeranjatkan aku . . . 28 thun dan awet muda orang nya . . . meh aku describe orang nya camne . . dia rendah daripada aku , ada misai , pipi tembam dan yang aku suka , mata sepet , , , dan dia jugak berdarah Jawa cam aku . . . first time aku jumpe dia dekat bowling MP msa tu nak jumpa ayah dan abg2 yang lain , masa tu muka dia , pehh . . . memang nak mintak penampo . . . muka dia garang giler .. . . tak berani aku nak hadap . . hahaha . . . .tak lama lepas tu baru aku sedar sikap sebenar dia . . dia sorang yang sangat suka budak2   , penyayang dan sikap ambil berat dia tu yang buat aku cair . . . dia jenis yang sanggup wat apa saja untuk orang yang dia sayang . . .

Aku teringat masa dia melamar aku untuk jadi someone special dalam hidup dia , dia nak lamar aku tapi sebut nama akk sdara aku..merajuk 1minit...hehe  . .  pada mula nya aku tak anggap serius hubungan kami sebab aku da puas kecewa tapi . . . baru aku sedar dia tak sama dengan lelaki yang aku kenali . . kematangan dia memang terbaikk. . . masa first date kiteorng , , ,dia sanggup trun muo naik BAS semata2 nak jumpa aku . .. ooo . . .dia orang telok mas . . . ok nie jujur aku cakap . . . banyak2 aku couple nie first time aku jumpe parents pasangan aku . . . aku pun tak tau kenapa aku tekad nak jumpa mum dia . .. mum dia sporting kot . . . aku suke . . .hehehe. . .

Kiteorang couple takde la lama mana tapi sebab kiteorang berfikiran matang kiteorang da ambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan tahun depan . . . aku rasa macam mimpi . . . keputusan nie dibuat bila aku pegi jumpa ayah kandung aku dan abang aku untuk bincang tentang nie . . . depan mak angkat aku , , , ayah aku memberi  green light kepada Farid untuk menjadi kan aku teman hidup dia . . . dan ayah aku jugak berpesan “AYAH RESTU ADIK DENGAN SAPE PUN ASALKAN DIA BOLE BUAT ADIK BAHAGIA , INGAT JODOH D TANGAN TUHAN , AYAH IKUTKAN MANA YANG BAIK UNTUK ADIK” . . nak menangis pun ada bila ayah aku cakap gitu , , ayah aku da bg green light abg aku pun da restu , , Alhamdulillah . . . balik tu aku tanya dia apa yang dia cakap kat ayah aku . . . dan dia cakap “ABANG CAKAP KAT AYAH ABANG DA SUKA KAT AWAK , ABANG MINTAK IZIN DAN KEBENARAN KAT AYAH ABANG CAKAP KALAU TAKDA APA2 RINTANGAN AWAL TAHUN ABANG MASUK MEMINANG DAN HUJUNG TAHUN DEPAN LANGSUNG”(wa taip sekarang nie airmata wa cam air terjun)

Wait  , , WHAT??? Err~~~ aku trus trdiam seketika dan airmata trus mengalir . . .first time aku rasa aku diingini sepenuh hati . . .walaupun aku banyak kekurangan nya , dia masih mampu menerima aku apa adanya . . . sekurang2 nya ego dia tak tinggi . . . dan , , ,aku dan dia saling memahami . . aku bole faham dia dan dia bole faham aku , , , itu yang penting dalam suatu perhubungan kan??? Bersama dia tak memberi aku tekanan malah membuat aku tersenyum sorang2 macam orang sakit jiwa . . . dia selalu buat aku ketawa  . . . terima kasih awak , , , kehadiran awak memberi satu nafas baru untuk saya terus bertahan  . . .

Pertemuan kita tanpa diduga ,
Perkenalan kita tanpa dipaksa ,
Perhubungan kita direstu keluarga ,
Sudah cukup membuat aku bahagia . . . .




 








~~Biar Apa Orang Nak Kata Asalkan Kami Bahagia Bersama~~

1 ulasan:

  1. Puisi ini ingin sampaikan
    betapa aku rindu kelibatmu
    begitu banyak yang kita lalui
    tawa dan riang kita
    kau yang selalunya
    ada bersamaku disetiap waktu
    walau dimarah
    walau ditegur
    kerenahmu yang ku terbiasa
    kerenahmu yang kini buat ku rindu
    kalau kau ada
    kerana kau memang selalu ada...

    Puisi ini mengharapkan
    jagalah dirimu
    jagalah hatimu
    berhati-hatilah selalu
    seperti yang selalu kubisikkan padamu
    seperti yang selalu kuharapkan..

    Puisi ini
    kutulis buatmu adik
    ketabahanmu
    pengorbananmu
    ketidakupayaanmu
    nanti suatu hari
    takdir akan ceritakan segala
    takdir akan bentangkan semua...
    cuma
    jagalah diri
    tabahkan hati...

    Adik janganlah kau lupa untuk selalu
    sandarkan harap pada Allah dalam setiap impianmu..

    Puisi ini
    kutulis buatmu adikku
    kau tetap adikku
    walau kita dipisahkan
    walau kita dijarakkan
    doaku tidak pernah putus

    buatmu adikku...

    BalasPadam